Free Website

Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Sabtu, 17 April 2010

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri

Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan 

Ahad, 4 April 2010

Majlis Kesyukuran Genap Setahun Presiden, Barisan Kepimpinan Terajui UMNO


KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Majlis Tertinggi UMNO malam ini disambut dengan penuh semangat oleh barisan kepimpinan pusat semua sayap parti untuk meraikan ulang tahun pertama Presiden UMNO menerajui perjuangan UMNO.
Sambil menerima ucapan tahniah, diiringi lagu Juara Rakyat, Presiden dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddijn Yassin dan barisan Majlis Tertinggi kemudiannya bersama-sama mengaminkan doa kesyukuran dengan kehadiran hampir 500 orang.
Mereka memohon kepada Allah SWT agar memberi kekuatan taufik dan hidayah kepada Datuk Seri Najib, seluruh kepimpinan UMNO, pegawai-pegawai parti dan kerajaan, kakitangan awam dan rakyat di seluruh negara.
Sambutan ulang tahun dan kesyukuran secara ringkas itu juga disempurnakan dengan acara memotong pulut kuning oleh Presiden Ke-7 itu dan Ketua-ketua sayap, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Sdr Khairy Jamaluddin dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin, di lobi Menara Dato’ Onn.
Ketiga-tiga pemimpin sayap turut menyerahkan satu kad ucapan tahniah istimewa kepada Datuk Seri Najib sebagai tanda simbolik pada majlis tersebut.
Datuk Seri Najib yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO pada 26 Mac 2009 diraikan dalam majlis ringkas bersama-sama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta kakitangan Ibu Pejabat UMNO Malaysia. -MediaUMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails